Posts

Image
U kur Kejuruteraan untuk Jurutera Geomatik          Pendahuluan           Geomatik merupakan disiplin berkenaan dengan pengumpulan, penyebaran, penyimpanan, analisa, pemprosesan, persembahan data dan maklumat geografi (ISO/TC 211). Disiplin ini secara khusus merangkumi kesemua teknik dan kaedah pengutipan data fizikal bumi dan persekitarannya (Geospatial), pemprosesan data tersebut, dan penyebaran data dalam pelbagai bentuk format kepada klien. Geomatik atau Kejuruteraan Geomatik ini merupakan satu istilah moden yang juga disebut dengan istilah lama iaitu ukur tanah atau ilmu ukur.   “Geomatics is the science and study of spatially related information and is particularly concerned with the collection, manipulation and presentation of the natural, social and economic geography of the natural and built environments.”- (RICS Definition of Geomatics)                    ...
Image
  PENENTUDUDUKAN SATELIT (PENGENALAN GNSS DAN GPS) 1.0        Pengenalan Sistem Penentududukan Satelit Juruukur tanah kebiasaanya menggunakan kaedah dan peralatan ukur konvensional seperti teodolit dan total station dalam pelaksanaan kerja pengukuran satah seperti ukur sempadan, ukur topografi dan ukur kejuruteraan. Walaupun teknik konvensional membuat pengukuran terus dilapangan serta mudah ditentukan seperti cerapan bearing dan jarak, namun penggunaan teknik konvensional ini mempunyai kekurangan seperti tidak dapat digunakan dalam keadaan cuaca hujan, waktu malam, menggunakan kelengkapan yang banyak seperti prism/ reflector, menggunakan pekerja yang ramai dan memerlukan kesaling nampakan stesen-stesen (Station Intervisibility) yang ditubuhkan. Rajah 1 : Perbezaan antara teknik Total Station (Konvensional) dibandingkan dengan teknik Penentududukan Satelit (GPS receiver) Moden (credit gambar Weon, Hyeongkeun & Seo, Jung Il & Lee, Joo...
Image
GEODESI UNTUK JURUTERA GEOMATIK Geodesi merupakan satu kursus teras dan wajib diambil bagi pelajar bidang ukur tanah atau kejuruteraan geomatik. Geodesi salah satu perkara paling asas untuk mengurus kepelbagaian data geospatial, navigasi dan bidang ukur dan pemetaan secara khusus. Geodesi ialah ilmu Geosains berkaitan pengukuran dan pemetaan permukaan bumi. Walaupun geodesi antara cabang geosains tertua didunia, bermula sejak   zaman Sumeria 5000 tahun lalu, namun bidang ini masih kurang dikenali umum. Sekiranya tiada bidang geodesi secara tidak langsung,kita pastinya tidak akan melihat pada masa kini penerokaan angkasa lepas seperti satelit diangkasa, pelancaran roket ke angkasa dan juga pelbagai aplikasi angkasa untuk PNT seperti GNSS dan GPS (Sistem Penentududukan Sejagat). “Geodesi ialah ilmu sains yang mengkaji bentuk dan saiz bentuk muka bumi, medan graviti dan putaran bumi serta pemantauan secara temporal”   Menurut definisi klasik oleh Friedrich Robert Helmert ...

ASTRONOMI LAPANGAN UNTUK JURUUKUR TANAH

Image
ASTRONOMI LAPANGAN 1.0      Pengenalan       Ukur Tanah atau Kejuruteraan Geomatik ialah satu disiplin (sains, seni dan teknologi) yang merangkumi keseluruhan kaedah pengutipan data fizikal bumi serta persekitaranya, pemprosesan dan analisis, persembahan data tersebut dalam pelbagai bentuk kepada pelbagai klien. Terdapat banyak cabang dalam Ukur dan Kejuruteraan Geomatik ini antaranya Ukur Geodetik, Ukur Topografi, Ukur Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Ukur Hidrografi, Ukur Fotogrammetri, Kartografi, Sistem Maklumat Geografi, Ukur Udara, Penderiaan Jauh, Ukur Utiliti Bawahtanah, dan juga termaksud Astronomi Lapangan. Astronomi Lapangan merupakan salah satu kursus teras wajib pelajar Diploma Ukur Tanah dan Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM. Bagi Juruukur Geodetik / Juruukur Tanah / Jurutera Geomatik memerlukan ilmu astronomi ini untuk menyelesaikan masalah dalam kerja dan tugas mereka untuk tujuan kawalan ukur dan pemetaan.  “Geomatik” bermak...