ASTRONOMI LAPANGAN UNTUK JURUUKUR TANAH

ASTRONOMI LAPANGAN

1.0    Pengenalan 

    Ukur Tanah atau Kejuruteraan Geomatik ialah satu disiplin (sains, seni dan teknologi) yang merangkumi keseluruhan kaedah pengutipan data fizikal bumi serta persekitaranya, pemprosesan dan analisis, persembahan data tersebut dalam pelbagai bentuk kepada pelbagai klien. Terdapat banyak cabang dalam Ukur dan Kejuruteraan Geomatik ini antaranya Ukur Geodetik, Ukur Topografi, Ukur Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Ukur Hidrografi, Ukur Fotogrammetri, Kartografi, Sistem Maklumat Geografi, Ukur Udara, Penderiaan Jauh, Ukur Utiliti Bawahtanah, dan juga termaksud Astronomi Lapangan. Astronomi Lapangan merupakan salah satu kursus teras wajib pelajar Diploma Ukur Tanah dan Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM. Bagi Juruukur Geodetik / Juruukur Tanah / Jurutera Geomatik memerlukan ilmu astronomi ini untuk menyelesaikan masalah dalam kerja dan tugas mereka untuk tujuan kawalan ukur dan pemetaan. 

“Geomatik” bermakna aktiviti yang melibatkan teknik, proses dan analisis untuk menghasilkan peta, pelan dan maklumat ukuran yang menggunakan kaedah pengukuran tepat (survey-accurate techniques). Aktiviti yang terlibat antaranya adalah seperti ukur geodetik, astronomi lapangan, penentududukan satelit, ukur hidrografi, ukur topografi, ukur untuk tujuan kejuruteraan, ukur pengesanan utiliti bawah tanah, pemetaan terestrial, ukur bawaan udara, pengurusan data geospatial untuk GIS dan penawanan data spatial untuk Building Information Modelling (BIM)"Peraturan Ukur Geomatik 2021 PKPUP Bil. 12 2021  




2.0    Definisi Astronomi 

        Secara umumnya , astronomi dikenali sebagai Ratu Sains (Queen of Science) yang mengkaji berkaitan tentang Ilmu Falak (Pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, hitungan dan tafsiran berkaitan dengan bintang-bintang. 

Perkataan astronomi berasal dari perkataan 'astronomous' (Latin) membawa erti ' perihal bintang-bintang'. Ini bermakna pengajian astronomi ini adalah pengajian tentang bintang-bintang dan lain-lain jasad samawi. 

Dalam bahasa Arab, astronomi ini dikenali dengan pengajian Falak. Banyak kajian-kajian astronomi secara sainstifik dizaman pemerintahan khalifah-khalifah Islam terdahulu terkenal seperti kerajaan Abbasiyah ilmu ini telah berkembang daripada satu era ke era yang lain. Ini dibuktikan dengan penciptaan inovasi peralatan astronomi contohnya astrolab serta kelahiran ramai tokoh-tokoh hebat astronomi seperti Al-Biruni, Al-Zahrawi dan lain-lain. 

"Falak : Laluan Jasad Langit / Orbit "

        Ilmu Falak Syarie 

        Kajian astronomi untuk tujuan penyempurnaan ibadah dalam Islam seperti penentuan waktu solat, penentuan arah kiblat, penentuan awal bulan Ramadhan, bulan Syawal dan Zulhijjah (Puasa,Raya Aidilfitri dan Aidiladha) serta Penentuan dan Penyediaan Takwim Hijrah dikenali dengan Ilmu Falak Syarie. 



3.0    Definisi Astronomi Lapangan 

        Salah satu cabang dalam Ukur Tanah dan Kejuruteraan Geomatik yang mengkaji penentuan arah (Azimut) dan penentuan lokasi (latitud,longitud) titik-titik kawalan di permukaan bumi melalui cerapan jasad samawi seperti bintang dan matahari. Selain astronomi lapangan, ia dikenali juga dengan nama positional astronomy. Cerapan matahari memadai bagi kerja-kerja kawalan ukur satah contoh kawalan kadaster, kawalan ukur topografi dan falak syarie, manakala untuk kawalan berkejituan dan berketepatan tinggi dalam bidang geodesi, bidang astronomi ini dikenali dengan ukur astrogeodetik.    


Terdapat beberapa cabang astronomi yang terkait dengan Juruukur Tanah dan Juruukur Geomatik. 

1) Astronomi Geodesi (Astrogeodetik)

2) Astronomi Lapangan

3) Falak Syarie


Apakah perbezaan ketiga-tiga cabang-cabang astronomi tersebut? Bincangkan. 



4.0    Peranan Astronomi Kepada Ukur Tanah dan Sains Pemetaan 

1. Penentuan Azimut (arah/orientasi) sesuatu garisan ukur .

2. Penentuan Kedudukan (Latitud dan Longitud) titik- titik kawalan Ukur. 

dan lain-lain. 



5.0    Aplikasi Astronomi Untuk Lain-Lain Bidang 

1. Pelayaran dan Navigasi 

2. Kaji Cuaca

3. Astrofizik

4.Geografi

5.Penerokaan Angkasa Lepas

6. Penerbangan

7.Oceanografi

8.Biologi 


6.0    Sebab-Sebab Mengapa Juruukur Perlu Mempelajari Ilmu Astronomi 

        Kesimpulanya, Ilmu astronomi amat penting kepada juruukur tanah dan jurutera geomatik. Penggunaan ilmu astronomi untuk keperluan kerja ukur dan pemetaan akan terus relavan dalam negara. Sebagai penutup, terdapat dua sebab mengapa juruukur perlu mempelajari bidang astronomi pertamanya disebabkan oleh astronomi ini merupakan asas kepada teknologi angkasa seperti Global Navigation Satellite System (GNSS) atau Global Positioning System yang merupakan alatan geomatik utama pada masa kini dan kedua ilmu astronomi asas kajian yang menyumbang kepada sebahagian pembangunan sumber manusia dalam negara.  


Sr Amir Hamzah 

UTMKL 

2.1.2025 

*Disclaimer : Foto-foto dan gambar yang bukan hakmilik penulis sepenuhnya. Credit kepada pemilik foto dan imej sumber dari internet jika sumber fotonya bukan milik penulis. Terima kasih. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog